Categories
SELANGOR

Toleransi demi kesejahteraan berpanjangan – Iskandar

OLEH ERMIZI MUHAMAD

AMPANG, 24 JUN: Masyarakat di seluruh negeri perlu mengamalkan prinsip toleransi bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan berpanjangan, kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad.

Beliau berkata, ia bagi mengelakkan wujudnya tafsiran salah berkenaan kehidupan bangsa lain yang bakal mengundang persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

image“Kita perlu bersyukur, negara kita khususnya Selangor cukup aman walaupun rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

“Kekalkan keamanan ini dengan saling bertolak ansur dan menghormati kepercayaan serta fahaman agama lain,” katanya pada Majlis Iftar Rakyat Antara Budaya di Galeri Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), semalam.

Hadir sama, Ahli Jawatankuasa Masjid Pandan Indah, Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga, Persatuan Tai Chi, masyarakat Tiong Hua dan Hindu serta Persatuan Cina Muslim Malaysia.

Pada masa sama, Iskandar berkata, program anjuran Pejabat DUN Chempaka itu adalah inisiatif tahunan bagi mengeratkan hubungan antara masyarakat sekitar MPAJ.

image (1)Katanya, ia juga bertujuan memupuk kesefahaman antara pelbagai bangsa dan kaum di Selangor.

“Program seperti ini memberi pendedahan dan makluman kepada umum berkenaan budaya dan perbezaan dalam setiap agama.

“Inisiatif ini diharap mampu memberi gambaran terhadap ukhuwah kepelbagaian kaum yang perlu diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.