Categories
SELANGOR

Tujuh syarikat bayar zakat perniagaan RM10.3 juta

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 28 JUN: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada tujuh syarikat berjumlah RM10,349,925 dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Tengku ampuan Jemaad, Bukit Jelutong, semalam.

Antara syarikat hadir daripada Bank Kerjasama Rakyat Malayisa (Bank Rakyat) diwakili pengerusinya, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Zainal menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM4,752,421.

Sumbangan Raya di Masjid Bukit Jelutong dan penyerahan zakat oleh MBI Sultan (ASRI) (3)Menteri Besar Incorporated (MBI) menjadi pembayar zakat perniagaan kedua terbesar selepas Bank Rakyat dengan jumlah sebanyak RM1,328,629 dan diikuti KAF Investment Bank berjumlah RM1,082,000.

Manakala Sime Darby Property Berhad yang mewakilkan pengerusinya, Tan Sri Dato’ Abdul Ghani Othman dan Seriemas Development Sdn Bhd yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Salem Kailany, masing-masing menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM1,000,000.

Sementara itu Kumpulan Perangsang Selangor Berhad menyerahkan zakat untuk diri dan anak syarikatnya sebanyak RM686,861.13 diikuti Jackel Trading Sdn. Bhd, sebanyak RM500,014.25.

Dalam majlis yang sama, Sultan Selangor turut menyampaikan sumbangan Hari Raya bernilai RM500 kepada 229 asnaf fakir dan miskin serta 170 asnaf mualaf.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.