Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Raja Muda jalani latihan penuh Istiadat Pengurniaan Watikah

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SUNGAI UDANG, 18 JULAI : Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah menjalani latihan penuh Istiadat Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Muda Tentera Darat Luar Negara di Kem Terendak Melaka, di sini.

Latihan istiadat penerimaan watikah didahului Raja Muda, diikuti Lt M Muhamad Akmal Azmi, LT M Mohammad Hariz Hashim, Mohd Nafiq Jumaan dan Lt M Mohamad Haziq Mohd, pagi ini.

Raja MudaUpacara latihan penyerahan watikah turut diselangi demonstrasi pertunjukan payung terjun bebas dari 10 Briged (PARA).

Selain itu, persembahan tempur tanpa senjata (Unarmed Combat) dengan gabungan semua seni mempertahankan diri berserta demostrasi rawatan kecederaan ‘Tactical Combat Casualty’.

Raja Muda dijangka menerima watikah pelantikan pada esok, 19 Julai jam 8.45 pagi.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dijangka bakal mencemar duli menghadiri istiadat watikah pelantikan.

Tengku Amir sebelum ini menjalani latihan ketenteraan Commissioning Course Intake 152 di RMA Sandhurst, United Kingdom pada 3 Mei 2015 hingga 15 April 2016.

Baginda ditauliahkan sebagai LT M Kor RAMD dan ditempatkan di 17 RAMD (Para) Kem Terendak, Melaka.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.