Categories
SELANGOR

14 diplomat muda kunjungi MB, pelajari model pengurusan, gagasan Smart Selangor

OLEH NAZLI IBRAHIM

GOMBAK, 26 JULAI: Seramai 14 diplomat muda yang bakal dihantar ke luar negara meluangkan masa hampir dua jam bagi mengunjungi Menteri Besar Selangor untuk melihat sendiri dengan lebih dekat model pengurusan dan pentadbiran Kerajaan Negeri termaju itu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan kunjungan 14 diplomat muda itu sebagai perkembangan positif dan penghormatan kepada Kerajaan Negeri PAKATAN itu.

“Hari ini saya sedikit kelewatan kerana ada satu perkembangan yang saya kira baik kerana buat pertama kalinya Wisma Putra atau Kementerian Luar Negeri mengizinkan 14 diplomat muda yang dihantar ke luar negara bertemu saya selaku Menteri Besar Selangor untuk melihat model pengurusan dan pentadbiran Kerajaan Selangor.

“Saya kira ini penghormatan dan pengiktirafan Kerajaan Negeri kerana perkara dibangkitkan dalam dialog hampir dua jam itu melihat dasar Kerajaan Negeri yang peduli rakyat, mempertahankan kepelbagaian kaum dan agama dalam negeri serta melihat Smart Selangor sebagai satu gagasan baru itu dapat membantu membangunkan sebuah negeri yang maju seperti Selangor,” kata Mohamed Azmin.

Pelancaran projek penggantian Paip Air Lama di Selangor, KL dan Putrajaya 2016 - MB Azmin (ASRI) (3)Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Penggantian Paip Air Lama di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya 2016 di Jalan Taman Melawati, di sini, hari ini.

Katanya, kemampuan PAKATAN menerajui Kerajaan Negeri dengan prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan itu juga termasuk kesungguhan Kerajaan Negeri memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor bagi menjamin bekalan air dapat diuruskan dengan holistik dan menyeluruh.

Terdahulu, Kerajaan Negeri turut mendapat pengiktirafan dan menerima kunjungan daripada pelbagai pihak dalam dan luar negara ekoran pelbagai kejayaan ditempa pentadbiran negeri termaju itu sejak 2008.

Sebelum ini, Mohamed Azmin diketahui di kalangan pengamal media dan kakitangan Kerajaan Negeri merupakan seorang yang sangat mementingkan ketepatan masa apabila tiba lebih awal berbanding yang dijadualkan dalam sesebuah program.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.