Categories
SELANGOR

23 terpilih Peniaga Contoh Bazar Ramadan MPSJ

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 23 JULAI: Seramai 23 peniaga terpilih sebagai penerima anugerah bernilai RM1,000 seorang sebagai Peniaga Contoh Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2016.

Pegawai Komunikasi Korporat, Muhammad Azli Miswan, berkata 15 peniaga daripadanya dipilih oleh MPSJ manakala lapan lagi peniaga dipilih Unilever Food Solution setelah memenuhi beberapa kriteria ditetapkan.

“Anugerah ini diperkenalkan bagi mengiktiraf peniaga yang memberikan komitmen tinggi dalam mengamalkan amalan terbaik pengendalian makanan.

“Selain itu, mereka juga mendokong usaha aspirasi hijau dibawah MPSJ dalam perniagaan sewaktu bazar Ramadan,” katanya dalam kenyataan.

Azli berkata, selain menerima insentif wang tunai berjumlah RM1,000, peniaga contoh tersebut diberi kelebihan membuat pilihan lokasi dan petak tanpa melalui sesi undian.

“Mereka tidak perlu beratur untuk mendapatkan borang permohonan untuk mendapatkan petak bazar bagi Ramadan tahun hadapan.

“MPSJ berharap melalui program inisiatif hijau ini melahirkan lebih ramai peniaga dan masyarakat yang menjaga alam sekitar serta mengamalkan amalan kitar semula,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Categories
SELANGOR

23 chosen as MPSJ Exemplary Ramadan Bazaar Traders

BY: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, JUL 23: A total of 23 traders were selected to receive awards worth RM1,000 each as 2016 Subang Jaya Municipal Council (MPSJ) Exemplary Ramadan Bazaar Traders.

MPSJ Corporate Communications Officer Muhammad Azli Miswan said a total of 15 traders were selected by MPSJ while the rest were selected by Unilever Food Solution based on several set criteria.

“The award was introduced to recognise traders who have given their commitment to adopt the best practices in food handling.

“They also supported MPSJ’s green efforts in their businesses during Ramadan,” he said in a statement.

Azli said that in addition to the RM1,000 incentive, exemplary traders were also given the priority in selecting their bazaar plots and location without having to go through the balloting session.

“They don’t have to queue to get application forms for next year’s Ramadan bazaar.

“MPSJ hopes that through this green initiative programme, more traders and the community will be aware of the importance of protecting the environment and recycling,” he said.

Leave a Reply

Your email address will not be published.