Categories
SELANGOR

256 golongan kurang bernasib baik terima sumbangan raya

OLEH NORHAYATI UMOR

HULU KELANG, 9 JULAI: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 256 penerima sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor, di sini hari ini.

Daripada jumlah itu, 176 penerima adalah ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), warga emas serta asnaf fakir dan miskin.

CP2A2551-800x533Manakala, 80 penerima lagi terdiri daripada kaum orang Asal.

Turut mengiringi baginda, YTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Dianggarkan 50,000 pengunjung daripada pelbagai bangsa hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di Padang AU2, di sini.

Rumah terbuka itu turur dimeriahkan dengan persembahan Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah dan dihoskan Angah Raja Lawak.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.