Categories
SELANGOR

Aduan orang ramai, MPSJ berjaya serbu dua premis judi

OLEH NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 13 JUL: Hasil maklumat orang ramai, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berjaya menyerbu dua premis perjudian selain menyita beberapa kelengkapan.

Pegawai Komunikasi Korporat MPSJ, Muhammad Azli Miswan, berkata dua premis tidak bernama itu dipercayai menjalankan aktiviti perjudian bermula jam 9 pagi di Jalan SS14/1 dan SS15/4E, di sini.

JUDI“Kita berjaya menyita lapan unit mesin permainan elektronik (besar), 55 unit mesin permainan elektronik (kecil) dan tindakan penutupan dikenakan terhadap kedua-dua premis yang terlibat.

“Operasi membanteras pusat perjudian itu dilaksanakan 10 anggota penguatkuasa hasil aduan penduduk setempat dan risikan anggota penguatkuasa selama seminggu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, premis terbabit dikenakan tindakan penguatkuasaan dibawah Seksyen 6 (1), Enakmen Hiburan & Tempat-Tempat Hiburan Selangor 1995 (Pindaan 2001) ekoran mengadakan aktiviti hiburan tanpa lesen dari MPSJ dan boleh di kompaun maksimum RM 25,000.

“MPSJ merakamkan ucapan terima kasih kepada penduduk yang memberikan maklumat dalam usaha membanteras aktiviti yang tidak bermoral ini.

“Pemilik premis di minta supaya lebih berhati-hati tidak menyewakan premis untuk sebarang aktiviti yang melanggar undang undang,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.