Categories
NASIONAL

Aksi Ronaldo lagak ‘pengurus’ terima sanjungan netizen

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 11 JUL: Kapten Portugal, Christiano Ronaldo menerima sanjungan netizen sekalipun gagal melengkapkan permainan masa penuh di pusingan akhir Piala Eropah 2016 (Euro 2016).

Tinjauan Selangor Kini di media sosial mendapati rata-rata netizen berpendapat Ronaldo memainkan peranan sebagai ‘pengurus’ dengan baik selepas terpaksa keluar padang seawal minit ke-25 perlawanan.

CR 1Beberapa rakaman menunjukkan Ronaldo turut dilihat memberi semangat dan arahan kepada rakan sepasukannya dari luar padang di samping pengurus Portugal, Fernando Santos .

Menerusi Twitter, @JamieMoranUK berkata selain bergelar pemain bola sepak hebat, Ronaldo juga membuktikan beliau mampu menjadi pengurus terbaik.

@FrancessoTotti pula berkata, Ronaldo merupakan pengurus pertama memenangi kejuaraan terbesar Eropah itu dalam masa 45 minit.

Selain itu, warga Twitter turut mengaitkan ketokohan Ronaldo dengan bekas pengurus pasukan yang pernah dibintanginya iaitu Alex Ferguson untuk Manchestor United.

@The_Anupriya menerusi Twitter percaya pemain yang sinonim dengan jersi nombor 7 itu belajar cara mengemudi pasukan daripada Alex.

Gambar Ronaldo berpelukan dengan Alex selepas tamat perlawanan turut dikongsi dan menerima pujian netizen di laman sosial.

Portugal menang tipis 1-0 mengatasi Perancis dalam perlawanan yang berlarutan sehingga masa tambahan.

Hasil umpanan Joao Moutinho, Eder muncul wira Portugal apabila berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.