Categories
NASIONAL

Aliran trafik lancar dan terkawal

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 JUL: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilihat lancar dan terkawal setakat ini.

Merujuk laman web rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), semakan trafik semasa menunjukkan trafik ke Utara dan Selatan di kedua-dua arah terkawal dengan tiada lokasi dilihat mengalami kesesakan.

CmaS6NqUEAQuBtXSituasi serupa dapat dilihat di lebuh raya lain seperti Lebuhraya Pantai Timur menuju ke timur semenanjung.

Bilangan kenderaan dilihat bertambah berbanding pagi tadi namum keadaan trafik masih terkawal.

Bagi kawasan sekitar Selangor, aliran trafik dilihat lancar di kesemua lebuh raya.

Antaranya, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE).

Keadaan juga tenang di Lebuhraya Lingkaran Luar Kajang (SILK), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya KL Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Guhtrie Koridor (GCE).

Sementara itu, di Tambak Johor, kenderaan bergerak lancar dari Malaysia ke Singapura di kedua-dua arah Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh ke laman rasmi LLM atau ikuti twitter @LLMinfotrafik.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.