Categories
SELANGOR

Bayar cukai taksiran peluang menang RM4,000

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 JUL: Warga Shah Alam berpeluang memenangi wang tunai RM4,000, telefon pintar Iphone 6S serta RM1,000 baucer tunai dengan menyertai Kempen Bayaran Kompaun dan Cukai Taksiran menerusi JomPAY.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata kempen sah sehingga 31 Ogos hadapan.

“Orang ramai hanya perlu mendaftar masuk ke dalam laman sesawang atau portal bank.

MBSA“Mereka perlu memasukkan biller code 7567 bagi Bayaran Cukai Taksiran, dan biller code 6726 (Bayaran kompaun), nombor akaun baru cukai taksiran atau nombor kompaun pada ref1 serta nombor telefon pada ref2 dan seterusnya jumlah bayaran,” katanya dalam kenyataan.

Kempen diadakan dengan kerjasama Bank Muamalat dan Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd (MyClear).

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh hubungi Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kewangan MBSA di talian 03-55222882 atau 03-55105133 sambungan 1477, 1657 atau 1658.

Mereka juga boleh layari laman sesawang MBSA di www.mbsa.gov.my untuk maklumat lanjut.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.