Categories
SELANGOR

Bayar kompaun dengan JomPAY, pengguna layak menang RM4,000

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 JUL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sedang menjalankan Kempen Membayar Kompaun dan Cukai Taksiran secara atas talian (online) JomPAY dari 1 Jun sehingga 31 Ogos 2016.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Komuniti MBSA, Shahrin Ahmad, berkata dengan kerjasama Bank Muamalat dan Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd (MyClear), ia bagi menggalakkan orang ramai membayar secara atas talian menggunakan JomPAY.

SHAHRIN“JomPAY boleh diakses melalui perbankan internet sedia ada yang dimiliki pengguna.

“Pengguna hanya perlu mendaftar masuk ke laman sesawang atau portal bank, mereka hanya perlu memilih bayaran melalui JomPAY pada paparan bil.

“Seterusnya pengguna hanya perlu memasukkan biller code 7567 (Bayaran Cukai Taksiran) dan biller code 6726 (Bayaran Kompaun), nombor akaun baru cukai taksiran atau nombor kompaun pada ref1 serta nombor telefon pada ref2 seterusnya jumlah bayaran,” katanya.

Jelas Shahrin, kaedah JomPAY ini dapat menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan atas talian sebagai satu kaedah pembayaran kepada MBSA tanpa perlu ke kaunter.

Pengguna yang telah membuat transaksi bayaran melalui JomPAY juga berpeluang menjadi dua pemenang bertuah dengan hadiah wang tunai bernilai RM4,000.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.