Categories
SELANGOR

Bazar Jalan Taiping lokasi terbaik membeli-belah

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 3 JUL: Bazar Jalan Taiping, di sini kini menjadi lokasi membeli-belah terkenal bukan sahaja dalam kalangan penduduk Klang, malah warga Lembah Klang terutama menjelang Aidilfitri.

Setiausaha Majlis Perbandaran Klang (MPK), Adi Faizal Ahmad, berkata bazar itu menyediakan pelbagai keperluan hari raya dari kanak-kanak hinggalah dewasa pada harga berpatutan.

Katanya, produk dijual juga menepati citarasa semua pengunjung termasuk jualan kuih raya sama ada moden atau tradisional.

image“Bazar Jalan Taiping menjadi daya tarikan terkini daerah Klang setiap kali Aidilfitri dan saya berbangga kerana ia makin dikenali di seluruh negara.

“Kemeriahan bazar di sini adalah pengalaman berharga buat pengunjung yang ingin membeli barangan sempena perayaan tidak lama lagi dan MPK amat mengalu-alukan kehadiran semua,” katanya selepas mengadakan tinjauan di bazar terbabit, baru-baru ini.

Pada masa sama, Adi Faizal berkata, pihaknya turut mengutamakan aspek kebersihan dan keselamatan bazar terutama pada malam-malam terakhir menjelang Aidilfitri.

Beliau turut meminta kerjasama peniaga untuk bersama menjaga kebersihan seterusnya mewujudkan persekitaran perniagaan ceria yang akan memberi nilai tambah kepada bazar itu sendiri.

“Inilah produk kebanggaan Klang dan kepada pengunjung yang belum pernah datang ke sini, jangan lepaskan peluang kerana produk yang ditawarkan agak menarik dengan harga berpatutan,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.