Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Biaya sendiri, pelayar muda cipta nama antarabangsa

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 JUL: Berbekalkan semangat jitu dengan pembiayaan persendirian, anak muda Malaysia, Megat Ahmad Aslam Megat Azman, 23, bersama pasukan Alpha Racing Team berjaya merangkul tempat kedua dalam Pertandingan Kapal Layar Dunia di Tasik Ledro, Italy baru-baru ini.

Kejayaan beliau bersama pasukan berpangkalan di Australia itu sepatutnya membuka mata pihak bertanggungjawab di Malaysia untuk mengambil peranan sewajarnya supaya potensi Megat Ahmad dapat terus digilap.

MEGATMegat Mohd Azlan, saudagar terdekat kepada Megat Ahmad Aslam pada status laman sosial facebooknya menulis, “Zero to Hero bro.. Berdiri di atas kaki sendiri, harap ada pihak membuka ruang dan peluang untuk anak muda ini terus mengecapi kejayaaan.

“Kualiti anak muda malaysia,” tulisnya.

Sebelum itu beliau turut menulis, “Dunia akan tahu bisa Megat Ahmad Aslam satu hari nanti. Buka mata kamu Malaysia,” tulisnya lagi.

SelangorKini difahamkan penyertaan pasukan Alpha Racing Team pada pertandingan itu telah ditaja oleh bapa saudara beliau yang juga seorang chef terkenal di London.

Sementara itu Megat Ahmad, dalam satu rakaman video pada laman facebook sama berkata, pasukkannya tewas kepada pasukan daripada Denmark yang menduduki ranking kelapan dunia.

“Di sini telah berlangsung Liga Layar Eropah di mana 10 pasukan dari Eropah termasuk Great Britain dan Australia telah mengambil bahagian.

“Kami berjaya mendapat tempat kedua, kami tidak dapat menewaskan pelayar nombor lapan dunia daripada Denmark.

“Bagaimanapun saya harap pengalaman yang saya dapat timba di Lake Ledro ini prestasi saya dan tahap keyakinan saya pada masa akan datang,” katanya.

MEGAT 1Sambil berharap mendapat sokongan padu teman dan rakyat Malaysia, Megat Ahmad memberitahu pasukan Alpha Racing team akan menyertai pertandingan di Singapura pada September nanti.

Megat Ahmad sebelum ini pernah memenangi tempat pingat gangsa ketika mewakili negara pada kejohanan Regatta Antarabangsa Qatar 2009 dan menyertai pertandingan Asia Pasific Cup 2014 di singapura.

SelangorKini sedang berusaha mendapatkan reaksi bapa beliau iaitu Megat Azman mengenai pencapaian anaknya itu.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.