Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Bilik kuliah tingkat bawah Masjid Negeri musnah terbakar

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 29 JULAI: Sebuah bilik kuliah di tingkat bawah Masjid Sultan Salahuddin Idris Shah, di sini musnah terbakar dalam satu kejadian petang tadi.

Jurucakap Bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.21 petang sebelum tiba memadam kebakaran tujuh minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan sebuah bilik kuliah di tingkat bawah masjid berkeluasan 6 X 9 meter yang musnah 100 peratus.

“Kejadian berjaya dikawal pada 2.47 petang,” katanya.

Katanya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan seramai 18 anggota dengan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikejarkan bagi menyelamatkan kebakaran.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.