Categories
SELANGOR

Bulatan 100 Klang dinaiktaraf dan diperindah

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 30 JULAI: Bulatan 100 yang cukup sinonim dengan warga Klang kini dijadikan kawasan angkat oleh Gamuda GM Klang.

Bulatan tersibuk di Bandar Klang itu turut bakal dinaiktaraf dan diperindahkan imejnya.

Majlis Menandatangani Penyerahan Bulatan 100 itu ditandatangani oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Mohamad Yasid Bidin dan Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Sdn Bhd, Datuk Lim Seng Kok.

Yang DiPertuanya, Yasid berkata MPK sentiasa terbuka untuk memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak yang berminat menaikan imej Klang.

Katanya, MPK memberi kepercayaan penuh kepada GM Klang dalam inisiatif terbabit.

“Ini kali pertama inisiatif ini dilaksanakan. MPK memuji usaha GM Klang dan memberi kepercayaan penuh pihaknya menaikan imej bulatan sekaligus kawasan sekitar,” katanya di Rumah Terbuka Aidilfitri GM Klang dan Majlis Menandatangani Penyerahan Bulatan 100, di sini.

Yasid berharap ada pihak swasta lain yang turut serta menyumbang bakti mencantikkan Bandar DiRaja itu.

“Jika usaha ini berjaya, saya berharap apa pihak lain yang turut serta menyumbang bakti bagi mencantikkan bandar ini,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.