Categories
SELANGOR

Cadangan GPS di Bas Smart Selangor kesan pergerakan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 JULAI: Kerajaan Negeri akan mengkaji penggunaan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) di kesemua Bas Smart Selangor bagi memudahkan pergerakan bas dikesan.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana serta Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim, berkata Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dipertanggujawabkan untuk meneliti perkara itu terutama dari segi kos.

teng-chang-kim-1-300x199“Buat masa ini, kita menyewa perkhidmatan daripada syarikat seperti Rapid Bus Sdn Bhd (RapidKL) dan GPS tiada dalam senarai perkhidmatan.

“Jadi, kita akan mengkaji terlebih dahulu sebelum meminta syarikat berkenaan memasukkan GPS ke dalam ‘spec’ untuk memudahkan pergerakan bas dikesan,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, beliau menggesa RapidKL memastikan perkhidmatan Bas Smart Selangor lancar tanpa gangguan.

Semalam, menerusi pemantauannya, Chang Khim mendapati tiga bas Smart Selangor kendalian RapidKL tergendala perkhidmatan di Klang.

Beliau berkata, terdapat aduan ketidakpatuhan jadual daripada pengguna berkenaan perkhidmatan Bas Smart Selangor sebelum ini.

“Jadi, kita memikirkan satu kaedah untuk mengesan kedudukan dan pergerakan bas bagi memudahkan pemantauan.

“Kerajaan Negeri mahu memastikan perkhidmatan pada tahap terbaik untuk kepuasan rakyat,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.