Categories
SELANGOR

CCTV untuk 70 pangsapuri kos rendah SEROJA

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 JULAI: Pangsapuri kos rendah yang menyertai Skim Rondaan Kejiranan Dan Keselamatan (SEROJA) akan dipasang kamera litar tertutup (CCTV).

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Samad, berkata program itu adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan pangsapuri di Selangor lebih selamat didiami.

iskandar01Katanya, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM10,000 bagi setiap pangsapuri yang menyertai skim itu dan RM5,000 pula akan digunakan untuk memasang CCTV.

“Penduduk juga boleh membeli peralatan rondaan keselamatan seperti belantan, jaket, wisel dan lampu suluh jika tidak mahu memasang CCTV.

“RM5,000 lagi akan digunakan untuk program kemasyarakatan dan kesedaran penduduk,” katanya dalam kenyataan.

Iskandar berkata, program itu dilaksanakan dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

SEROJA mula diperkenalkan pada tahun 2013 bertujuan untuk membanteras kejadian pecah rumah, kecurian, rompakan, peras ugut dan vandalisme.

SEROJA adalah satu lagi program Kerajaan Negeri untuk membantu penduduk di perumahan berstrata.

Sehubungan itu, beliau berkata Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) digesa menyertai SEROJA dengan menghubungi Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) atau menelefon Encik Khairol (0102433400)/Lt Kamaruzzaman (0132069522).

Iskandar turut mensasarkan 70 kawasan pangsapuri kos rendah menyertai SEROJA tahun ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.