Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Cubaan rampasan kuasa di Turki dikecam

SHAH ALAM 16 JUL: Pakatan Harapan mengecam tindakan cubaan rampasan kuasa tentera di Turki terhadap kerajaan kepimpinan Recep Tayyip Erdoğan.

Dalam satu kenyataan media bersama pimpinan Pakatan Harapan berkata tindakan cubaan rampasan kuasa melanggar proses demokrasi dan membelakangi kehendak rakyat Turki.

“Pakatan Harapan bersama solidariti bersama Presiden Erdogan dan rakyat Turki.

13697023_1460236070685475_8732695428382820690_n“Kita mendoakan keselamatan rakyat Turki yang kini turun ke jalan raya menunjukkan sokongan terhadap demokrasi,” kata kenyataan media. bersama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden AMANAH, Mat Sabu dan Setiauasaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Kenyataan media itu juga menggesa situasi itu berakhir segera dan suasana aman dan tenang kembali.

“Cubaan untuk mengubah kerajaan Turki perlu melalui suasana aman, mengikut perlembagaan dan proses demokrasi, dan sebarang cubaan menukar kerajaan melalui kuasa tentera perlu ditolak,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara mengesahkan semua 260 rakyat Malaysia di Turki, termasuk 180 pelajar dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Wisma Putra dalam satu kenyataan, memaklumkan pihak kedutaan berjaya menghubungi semua rakyat Malaysia yang berada di Turki.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di Turki boleh menghubungi pihak Kedutaan di Bilik Operasi Wisma Putra di 58, Mahatma Ghandi Caddesi, Gazios Cankaya, Ankara.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.