Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Dakwaan Selangor tukar status tanah paya tidak benar – Elizabeth

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 28 JULAI: Tiada sebarang projek pelengkungan diluluskan pada sebidang tanah pertanian di Paya Indah Wetlands memandangkan lahan basah dikawasan itu merupakan tanah yang dipajak kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi tujuan projek hidupan liar sejak hujung 1990.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata dakwaaan kononnya Kerajaan Negeri meluluskan projek pelengkungan bagi tujuan pembangunan adalah tidak benar.

“Kenyataan itu palsu dan sengaja dicetus bertujuan untuk mengelirukan dan mencemar imej Kerajaan Negeri.

“Jadi, tiada sebarang pelengkungan semula dibuat di Paya Indah Wetlands,” katanya.

Paya IndahBeliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin kononnya Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali melalui satu mesyuarat telah meluluskan penukaran status tanah tersebut dari pertanian (terhad) kepada kawasan pembangunan.

Pada 26 Julai lalu, Badrul Hisham atau dikenali sebagai Chegubard menerusi kenyataan terbukanya mendakwa penukaran status tanah di kawasan Paya Indah Wetland itu menyebabkan alam sekitar terjejas sekali gus mengganggu ekosistem.

Mengulas lanjut, Elizabeth menjelaskan bahawa tanah terbabit bukan kawasan warisan dunia mahupun kawasan Ramsar berdaftar.

“Ia adalah taman rekreasi hujung minggu yang sangat terkenal dalam kalangan keluarga, syarikat dan sekolah menjalankan aktiviti,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.