Categories
SELANGOR

DYMM Sultan Selangor berkenan serah bendera kontinjen SUKMA

OLEH NORHAYATI UMOR

HULU KELANG, 9 JULAI: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyerahkan bendera kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor kepada atlet negeri, hari ini.

Baginda berkenaan menyerahkan bendera itu pada Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Selangor di Padang AU2, di sini.

CP2A1883-800x533Hadir sama, YTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafudin Idris Shah; Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shari dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor, Zubir Idrus.

Sementara itu, Amirudin dalam ucapannya menyampaikan penghargaan kepada Sultan Selangor atas keprihatinan dan pelaksanaan pelbagai bentuk inisiatif serta program di bawah Baginda.

Beliau turut yakin kontinjen Selangor dapat mengembalikan kecemerlangan yang pernah dikecapi negeri sebelum ini.

“Kita juga berbesar hati dengan keberangkatan Raja Muda ke Sarawak yang berkenan memberi sokongan kepada atlet.

“Dengan sokongan itu, Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor meletakkan harapan tinggi pada atlet,” katanya.

Pada masa sama, Amiruddin berkata, sebanyak 24 jenis sukan akan disertai kontinjen Selangor pada Sukma nanti.

Katanya, persiapan rapi sudah dilaksanakan atlet Selangor sejak 18 bulan secara berfasa.

“Kerajaan Negeri menyediakan alatan teknologi, imbuhan dan jurulatih profesional untuk melatih atlet ini,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.