Categories
SELANGOR

Edar topi keledar, pupuk kesedaran keselamatan jalan raya

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 2 JUL : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan Kempen Selamat Balik Kampung bagi memupuk kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan di jalan raya, menjelang musim perayaan.

Sebanyak 400 unit topi keledar dewasa dan 50 unit topi keledar kanak-kanak diberikan secara percuma kepada orang awam hasil sumbangan pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

MBSAMBSA dalam kenyataannya di Facebook berkata, topi keledar yang disediakan ini menepati ciri-ciri keselamatan selain mendapat kelulusan daripada SIRIM.

Melalui kempen ini, topi keledar diedarkan kepada orang ramai dengan menggunakan konsep pertukaran topi keledar lama yang tidak menepati spesifikasi keselamatan kepada topi keledar baru.

Pihak Majlis turut memberikan secara percuma 550 baju pemantul cahaya (reflector) kepada penunggang motorsikal.

Majlis penyerahan disempurnakan Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd. Saad.

Turut serta pada majlis ini Puan Khalidah Mustafa, Pengarah Urusan SIRIM QAS International Sdn. Bhd, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan, MBSA serta kakitangan MBSA.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.