Categories
SELANGOR

Food Stamp: Ramai terima manfaat menerusi sistem penggiliran

OLEH AFIX REDZUAN

BATU CAVES, 29 JULAI: Sistem penggiliran bakal digunakan dalam Program #SmartSelangor Food Stamp bagi memberikan peluang lebih ramai penerima.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Caves, Amirudin Shari, berkata program ini mendapat sambutan menggalakkan dengan peningkatan jumlah pendaftaran sejak diperkenalkan.

“Ini program kedua dalam tempoh dua bulan dan kita merancang dari segi pengagihan dalam memastikan mereka yang benar layak dan susah menerima bantuan.

“Ia sangat membantu bagi mereka yang berdepan pendapatan kecil dan masalah pendapatan,” katanya kepada Selangor Kini.

AMIR FOOD STAMPSejak diperkenalkan, hampir 200 keluarga di DUN Batu Caves menerima manfaat Food Stamp.

Amirudin sebelum itu menyerahkan sumbangan berbentuk barangan keperluan makanan kepada 82 keluarga di hadapan Pusat Khidmat Adun di Taman Amaniah.

#SmartSelangor Food Stamp adalah Program Bantuan Makanan Asas yang dilaksanakan dengan peruntukkan RM3 juta bertujuan membantu rakyat termiskin di seluruh Negeri Selangor.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.