Categories
SELANGOR

Ganabatirau rai anak yatim Kota Alam Shah

OLEH: NAZLI IBRAHIM

KLANG, 1 JUL: Seramai 28 anak yatim diraikan dalam Majlis Iftar Bersama Anak-anak Rumah Bustanul Arifat Anjuran DUN Kota Alam Shah, di sini semalam.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Alam Shah, V.Ganabatirau, berkata program itu diadakan bagi membolehkan mereka menyambut hari raya yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi dengan lebih bermakna.

GANA IFTAR“Mereka dibawa ke sebuah pasaraya dan diberi peluang untuk memilih sendiri pakaian yang mereka suka sama ada baju tradisional seperti baju melayu atau baju kurung mahupun pakaian fesyen moden.

“Selepas itu kita berbuka puasa sama-sama di sini. Saya amat gembira bila melihat anak-anak ini gembira,” kata kepada SelangorKini.

Jelasnya, perbezaan agama dan bangsa tidak menjadi penghalang untuk beliau memberi sumbangan kepada mana-mana pihak yang memerlukan terutamanya golongan anak yatim yang memerlukan perhatian.

“Saya harap ada ramai lagi ADN lain yang mengambil langkah sama tanpa mengenal perbezaan warna kulit kerana kita hidup dalam sebuah negara yang unik. Di negara lain memang susah nak lihat seperti ini yang meraikan semua perayaan bersama-sama.

“Selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. Saya harap hari raya kali ini menjadi lebih bermakna untuk semua,” kata beliau lagi.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.