Categories
SELANGOR

Gastro ‘port’ riadah baru belia Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 13 JUL : Tapak Gastro di Seksyen 20 di sini bakal dijadikan kawasan riadah baru bagi golongan belia melakukan aktiviti santai hujung minggu, kata Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Usahawan, Amirudin Shari.

Menyambut baik inisiatif diwujudkan ahli majlis itu, Amirudin berkata usaha tersebut mampu merancakkan lagi gerak kerja pembangunan belia di seluruh negeri.

amiruddin-saari“Saya menyokong penuh usaha ini cuma kita perlu mengikut penyelarasan dengan peraturan semasa yang ditetapkan majlis tempatan.

“Pelaksanaannya termasuklah aspek perlesenan food truck yang telah diluluskan dalam mesyuarat kerajaan negeri baru-baru ini.

“Namun bagi saya, tempat ini boleh menjadi salah satu tarikan baru terutamanya untuk anak muda bersantai dan menikmati kemudahan sedia ada di kawasan ini,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Final Euro 2016, di tapak Gastro, baru-baru ini.

Tapak Gastro terletak berhampiran kawasan perumahan baru Suri Puteri dilengkapi gerai-gerai makanan ala hipster, sesuai dengan trend golongan muda kini.

IMG_2265 aPada masa sama, Gastro turut menyediakan paparan skrin mega untuk tayangan perdana perlawanan bola sepak membabitkan pasukan Selangor dan PKNS FC.

Bagaimanapun Amirudin berkata, Kerajaan Negeri kini mempertimbang untuk menyediakan lebih banyak fasiliti untuk tujuan tarikan di kawasan itu.

“Kerajaan Negeri akan mengkaji sebarang bentuk keperluan baru terhadap kemudahan dan fasiliti di kawasan ini supaya kalau model ini berjaya, kita boleh laksanakannya di tempat-tempat lain,” kata Amirudin.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.