Categories
SELANGOR

Gergasi Merah tekad kutip mata penuh di Pulau Pinang

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 23 JULAI: Selangor turun meneruskan saingan Liga Super menentang Pulau Pinang malam ini di Stadium Bandaraya dengan misi mengutip mata penuh bagi mengejar kelompok dua pasukan teratas.

Jurulatih The Red Giants, Zainal Abidin Hassan, berkata beliau harapan tinggi diletakkan dalam perlawanan ini selain mengharapkan pemainnya cergas selepas mengharungi perlawanan sengit dalam aksi TM Piala Malaysia tempoh hari.

RED-GIANTS-660x471“Kita kena lebih berhati-hati bermain di tempat lawan dan juga kecergasan pasukan lawan yang tidak beraksi di Piala Malaysia.

“Selepas jadual yang padat saya perlu pemain yang betul-betul cergas dan bebas kecederaan untuk perlawanan hari ini.

“Paling penting juga jangan memandang rendah pasukan yang berada di bawah,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata setakat ini hanya pemain import Andik Vermansyah yang tidak dapat diturunkan manakala dua pemain yang cedera ketika menentang Kelantan, R Gopinathan dan Ugochukwu Ukah dilihat bersedia untuk beraksi selepas pemantauan dalam sesi latihan semalam.

Menurut Zainal Abidin, beliau mungkin menurunkan Mohd Khairulazhan sebagai penjaga gol malam ini dan merehatkan Norazlan Razali.

“Selepas dua perlawanan, Norazlan mempamerkan kecemerlangan cuma perlawanan lepas ada kesilapan.

“Kemungkinan besar Yan (Khairulazhan) akan diberi peluang (beraksi) untuk merehatkan Norazlan yang beraksi tiga perlawanan terus.

“Mereka berdua mempunyai kelebihan masing-masing untuk posisi penjaga gol,” katanya.

Selangor setakat ini menghuni tangga ketiga Liga Super dengan 25 mata, 11 mata ketinggalan di belakang pendahulu, Johor Darul Takzim (JDT) dan Felda United (31).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.