Categories
SELANGOR

Gimnasium Kompleks 3K dibuka, tawar harga serendah RM3

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 13 JUL : Kompleks Kemudahan Kemasyarakatan (3K) Subang Jaya diperhebatkan lagi menerusi pembukaan gimnasium kepada masyarakat sekitar Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Ia merupakan sebahagian kemudahan terbarudisediakan MPSJ di Komplkes 3K, SS13 sejak dibuka awal Julai lalu.

KOMPLEKS 3K SJMenawarkan pelbagai kemudahan alatan senaman seperti multi station gym, fix barbel, dumbell, bicep curl machine dan spinning bike, boleh dimanfaatkan pengunjung sebaiknya.

Enam sesi penggunaan gimnasium dibuka sewal jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam dengan dua jam bagi setiap satu sesi.

Kadar bayaran caj penggunaan bagi setiap sesi serendah RM3 untuk hari biasa dan RM4 bagi pengunaan pada hari cuti umum dan am.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Pejabat Pentadbiran Kompleks 3K, SS13 di talian 03-56210645.

Orang awam juga boleh mendapatkan sebarang maklumat lanjut di Facebook 3K Subang Jayang atau di JPMasyarakat.

Kompleks 3K menyediakan pelbagai perkhidmatan jaringan kemudahan kepada masyarakat sekitar untuk melakukan aktiviti riadah dan khidmat sosial.

Antara kemudahan lain tersedia termasuklah pusat riadah 3D, kemudahan kolam renang, ruang mesyuarat, seminar, dan tanaman organik.

Inisiatif penyediaan Kompleks 3K diwujudkan pihak majlis bagi memastikan masyarakat sekitar MPSJ menikmati kemudahan terbaik di kawasan perbandarannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.