Categories
SELANGOR

Guna produk mesra alam ke arah bandaraya hijau

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 23 JULAI: Usaha Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) ke arah bandaraya hijau semakin mendapat kesedaran masyarakat khususnya peniaga apabila berjaya mendapat anugerah peniaga contoh Bazar Ramadan MPSJ 2016 dengan penggunaan produk mesra alam.

Peniaga contoh Bazar Ramadan MPSJ, Zarina Shahidan, 51, berkata sepanjang Ramadan lalu, beliau bebas daripada tindakan penguatkuasaan semasa menjalankan perniagaan di tapak.

“Segala arahan dan syarat ditetapkan MPSJ seperti tidak menggunakan styrofoam atau polystyrene dan sentiasa menjaga kebersihan kawasan tapak saya jadikan itu sebagai motivasi mendisiplinkan diri sebagai peniaga.

“Walaupun ini adalah pertama kali saya mula menjinakkan diri dalam perniagaan di bazar, kebersihan dan bijak penggunaaan produk alam sekitar disaran MPSJ perlu kita sokong kerana ia sebenarnya bagus mengurangkan pelupusan sampah,”katanya yang sebelum ini adalah peniaga katering.

Peniaga contoh, Mazuan Md Jim, 40, berkata beliau tidak menyangka terpilih sebagai peniaga contoh tahun ini memandangkan sudah lebih berpuluh tahun beliau menjadi seorang peniaga di kawasan selian MPSJ.

“Alhamdulillah, tahun ini saya terpilih buat pertama kali sebagai peniaga contoh dan menjadi keutamakan dalam berniaga adalah dari menjaga segi kebersihan dan kualiti makanan.

“Saya menyokong usaha inisiatif hijau disarankan MPSJ, namun peniaga itu sendiri perlu memberikan kerjasama agar usaha ini dapat dilaksankan sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, Peniaga Contoh, Hasnah Shafie, berkata paling utama sebagai peniaga adalah kita perlu mengutamakan kebersihan gerai.

“Tujuannya adalah untuk mengelakkan sebarang penyakit tidak diingini jika makanan tidak terjaga terdedah dengan persekitaran kotor.

“Selain itu, saya juga menggunakan bekas bebas dari polystyrene memandang ia juga tidak elok untuk kesihatan jika makan terlalu lama disimpan dalam bekas tersebut.

“Walaupun ia melibatkan kos sedikit meningkat tetapi kualiti dan kesihatan masyarakat perlu dititikberatkan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Categories
SELANGOR

Use eco-friendly products for a greener city

BY: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, JUL 23: The Subang Jaya Municipal Council’s (MPSJ) efforts for a green city is gaining awareness from the public, particularly among traders, some of whom had won the 2016 MPSJ Exemplary Ramadan Bazaar Trader award by using eco-friendly products in their handling of food.

One of the winners, Zarina Shahidan, 51, said that throughout the last Ramadan month, she was free from any action enforced by the authorities.

“I abided by all the rules and instructions set by MPSJ of not using styrofoam or polystyrene.  I also ensured cleanliness in my lot, and in fact, I took it as motivation to discipline myself in my business.

“Although this is my first foray in the bazaar business, I feel that we need to maintain cleanliness and the use of eco-friendly products as recommended by MPSJ as it helps with waste disposal,” said Zarina who was previously in the catering business.

Another exemplary trader Mazuan Md Jim, 40, said that he did not expect to be selected in view that he has been a trader in the MPSJ area for many years.

“Alhamdulillah, this year is the first time I am chosen as an exemplary trader. The priority in this business is cleanliness and quality of food.

“I support MPSJ’s efforts for the green initiative. However, the traders themselves must cooperate for this effort to be truly successful,” he said.

Meanwhile, Hasnah Shafie, another award recipient said that as a trader, the main criteria is the cleanliness of the stall.

“This prevents unwanted diseases, which happens when food is exposed to a dirty environment.

“Apart from that, I also avoided using polystyrene containers as it is detrimental to the health when food is kept too long in it.

“Although it involved some additional cost, food quality is preserved and the community’s health protected,” he said.

Leave a Reply

Your email address will not be published.