Categories
SELANGOR

Hanya RM1,500 rai Majlis Nikah

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 18 JULAI: Dengan hanya bayaran penyertaan RM1,500 setiap pasangan sudah boleh menguruskan persiapan pernikahan melalui Program Pernikahan Beramai-ramai “Kemuncak Destinasi Cinta 2016” yang dilaksanakan di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam, semalam.

Wan Muhammad Amirul Wan Yusmera, 23, Kerani, berkata dia bertuah kerana termasuk dalam senarai pasangan yang diijab kabul itu.

“Program ini jarang ditemui kerana kita tidak dibebankan perkara remeh dan mengutamakan perkara wajib kerana kebanyakan pasangan tidak dapat meneruskan pernikahan kerana memerlukan kos tinggi untuk mengadakan majlis.

CP2A3565“Sedangkan program ini hanya memerlukan pasangan membayar RM1,500 sahaja dan kita sah menjadi suami isteri disamping bayaran itu termasuk untuk membayar pendaftar nikah, dijamu makan beradab, kek pengantin, pelamin serta beberapa hadiah lain,” katanya kepada SelangorKini.

Pasangannya, Nor Fahanah Zamri, 21, pelajar, berkata keluarga kedua-dua pihak juga menyokong pilihan mereka untuk bernikah beramai-ramai.

“Keluarga tidak menghalang pilihan kami, memandangkan saya pun masih lagi belajar jadi program ini menjimat kos kedua belah pihak.

“Dengan mengikuti program ini, kita dapat laksanakan wajib dahulu dan majlis kenduri ibuat selepas saya tamat belajar akhir tahun ini,” katanya.

Sementara itu, penjawat awam, Malik Mustaqim, 33, berkata program ini membantu golongan berpendatapan rendah khususnya.

“Banyak faedah yang pasangan dapat terutamanya ia menjimatkan kos selain ia mudah diuruskan serta ringkas.

“Diharap Kerajaan Negeri terus laksanakan program sebeginibagi mengelakkan anak muda diluar yang terbeban dengan kos majlis yang tinggi disamping mengelakkan masalah sosial anak muda dari terus berleluasa,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.