Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Hasilkan 12 percubaan tepat daripada 20, Selangor patut kenduri gol

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 17 JUL: Pasukan ‘The Red Giant’ sepatutnya mampu berkenduri gol sekiranya 12 percubaan tepat yang dihasilkan ke pintu gol pasukan PDRM dalam perlawanan malam tadi berjaya diterjemahkan kepada jaringan.

Pengurus Pasukan, Amirudin Shari, berkata namun sayang apabila peluang yang ada menjadi sia-sia ekoran ketumpulan penyudah barisan hadapan pasukan Selangor.

“Saya harap kita dapat kekalkan momentum, cuma perlu memperkemaskan sedikit sahaja serangan untuk dapatkan gol. Kita mengharapkan jaringan akhir minit walaupun kita mencipta peluang yang banyak.

sel-pdrm 5“Semalam sahaja 20 percubaan ke pintu gol dibuat dan 12 daripadanya tepat ke pintu gol tetapi tidak gol. Kalau tiga daripada 12 itu dapat diterjemahkan kepada jaringan semalam kita dah menang 4-1,” kata Amiruddin pada majlis rumah terbukanya di Kompleks Kediaman Exco di sini, hari ini.

Jelasnya, ketika ini konsistensi dan ketajaman barisan serangan Selangor amat diperlukan lebih-lebih lagi menjelang pusingan kedua Liga Super dan Piala Malaysia yang bermula pada Selasa lalu.

Selepas bercuti panjang, Selangor memulakan sambungan Liga Super dan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan apabila memenangi dua perlawanan berturut-turut walaupun dengan kemenangan tipis.

Pada perlawanan Liga Super malam tadi, Selangor berjaya menundukkan PDRM 2-1 dan manakala dalam perlawanan Piala Malaysia sebelumnya, Selangor menewaskan Kuala Lumpur 1-0.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.