Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Isu teks khutbah Aidilfitri, JAIS buat laporan polis

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 15 JULAI: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempertahankan kandungan kutbah Hari Raya Aidilfitri yang dikatakan bersifat extrimist.

Pengarah JAIS, Dato’ Haris Kasim, berkata teks itu hanya sekadar menyokong rang undang-undang yang dibentangkan di Parlimen untuk memartabatkan serta memperkasakan Undang-Undang Syariah dan Mahkamah Syariah di negeri itu.

WhatsApp-Image-20160715 (3)“Sebagai seorang ahli parlimen, beliau perlu lebih bertanggungjawab sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan keresahan kerana ia boleh meninggalkan kesan kepada masyarakat.

“Saya membuat laporan polis hari ini supaya mereka dapat menyiasat lebih lanjut kenyataan Ahli Parlimen Penampang bagi mengenalpasti sama ada unsur dan elemen jenayah di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dilakukan,” katanya selepas membuat Laporan Polis di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, di sini, hari ini.

Laporan dibuat kerana kenyataan beliau berkenaan teks khutabh Hari Raya Aidilfitri yang dibacakan di masjid negeri itu, pada 6 Julai lalu.

Beliau berharap selepas siasatan dilakukan, mereka yang bertanggungjawab di heret ke muka pengadilan.

“Kita berharap ia juga menjadi satu pengajaran kepada semua pihak supaya tidak sewenangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menghiris perasaan penganut agama Islam di negeri ini khususnya,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.