Categories
SELANGOR

JAIS: Solat sunat Aidilfitri ditetap jam 8.30 pagi

OLEH: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 2 JULAI: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan waktu menunaikan solat sunat Aidilfitri di Selangor tahun ini pada jam 8.30 pagi.

Pengarahnya, Datuk Haris Kasim, berkata penyelarasan itu dibuat bagi mengelak kekeliruan kepada jemaah dan ketidakseragaman waktu solat di antara masjid dan surau di Selangor.

“Apa diharapkan dengan ketetapan ini, ia akan memberi ruang dan masa yang cukup untuk umat Islam hadir ke masjid dan surau sebelum solat sunat Aidilfitri didirikan,” katanya.

Haris berkata demikian dalam majlis berbuka puasa bersama media dan petugas JAIS di sini, malam ini.

Kepada seluruh umat Islam di Selangor, beliau berkata, JAIS mengambil kesempatan menasihat dan mengingatkan agar menyambut Aidilfitri dengan kesederhanaan serta mengeratkan hubungan silaturahim dan saling menziarahi kaum keluarga juga sahabat handai.

“Saya mewakili seluruh warga kerja JAIS, ingin mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri dengan ucapan Taqabbalallahu minna waminkum.

“Semoga Allah menerima segala amalan kita di sepanjang Ramadan. Maaf Zahir Batin,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.