Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

KEADILAN belum diyakinkan matlamat pilihan raya Pulau Pinang

SHAH ALAM, 20 JULAI: Biropolitik KEADILAN berpendirian pihaknya belum diyakinkan dengan tujuan atau matlamat untuk mengadakan pilihan raya tergempar di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata parti itu bersedia meneruskan perbincangan dengan pimpinan parti komponen Pakatan Harapan berkenaan isu terbabit.

WAWI“Biropolitik KEADILAN mengadakan mesyuarat mingguan malam tadi untuk membincangkan beberapa isu termasuk cadangan mengadakan pilihan raya tergempar (“snap elections”) di Pulau Pinang.

“Kami belum diyakinkan tujuan atau matlamat untuk mengadakan pilihan raya tergempar, namun bersedia meneruskan perbincangan dengan pimpinan parti komponen Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan media.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dikatakan akan hadir pada mesyuarat KEADILAN semalam untuk memberi taklimat berkenaan kemungkinan pilihan raya mengejut.

Bagaimanapun, mesyuarat itu berlangsung tanpa kehadiran Guan Eng.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, DAP memiliki 19 kerusi, KEADILAN 10 kerusi dan PAS 1 kerusi sementara BN pula mempunyai 10 kerusi.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.