Categories
NASIONAL

KEADILAN nyata pendirian bubar DUN Pulau Pinang minggu depan

OLEH LIZAWATI MADFA

KAJANG, 23 JULAI: KEADILAN dijangka memutuskan pendirian berhubung cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang oleh DAP minggu hadapan.

Timbalan Presiden, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN berbincang mengenainya pada Selasa ini.

“Isnin ini, saya akan berjumpa Ketua Menteri, Lim Guan Eng sekali lagi dalam satu program bersama.

PKR“Saya akan maklumkan kepada MPP alasan dan hujah cadangan berkenaan untuk diteliti dan diputuskan,” katanya kepada pemberita.

Pada 19 Julai lalu, Mohamed Azmin bersama Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Pilihanraya Saifuddin Nasution menemui Guan Eng di Pulau Pinang.

Sebelum ini, KEADILAN berpendirian bahawa tujuan dan matlamat pilihan raya tergempar itu belum cukup diyakini.

Bagaimanapun, KEADILAN terbuka untuk meneruskan perbincangan dengan parti komponen dalam Pakatan Harapan.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng menafikan rancangan membubarkan DUN adalah bagi menyelamatkan dirinya daripada dakwaan rasuah, sebaliknya mahu memberi kuasa kepada rakyat memilih kerajaan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.