Categories
SELANGOR

Kebakaran Blok Akademik KUIS berpunca petir

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 26 JULAI: Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIS) mengesahkan berlaku kebakaran di Blok Akademik 1, petang tadi.

Rektor KUIS, Prof Datuk Dr. Ab. Halim Tamuri ketika dihubungi SelangorKini berkata, kejadian berlaku sekitar jam 3.30 petang dan disedari Dekan Fakulti Akademik.

KUIS terbakar“Kejadian berpunca akibat disambar petir kuat. Hanya satu bilik yakni bilik Timbalan Dekan Pusat Asasi di tingkat tiga yang rosak sementara bilik pensyarah lain selamat.

“Pihak Bomba tiba lima minit selepas dihubungi,,” katanya.

Katanya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan setakat ini belum dipastikan jumlah kerugian.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.