Categories
SELANGOR

Kem Kebudayaan Antarabangsa dekatkan pelancong dengan budaya tempatan

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA SELANGOR, 11 JUL: Kem Kebudayaan Antarabangsa Pelajar Sekolah Menengah (Malaysia dan Taiwan) usaha terbaru Tourism Selangor meningkatkan jumlah pelancong dalam dan luar negara ke negeri itu.

Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din, berkata penganjuran program itu adalah sebahagian usaha proaktif mempromosikan ‘Discover Selangor’, dengan slogan ‘Heart of Malaysia’.

TOURISM“Menerusinya, pelajar Taiwan berpeluang menimba pengalaman dan mempelajari gaya hidup, adat dan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India serta menikmati hidangan tempatan istimewa selain mempelajari pembuatan kraftangan tradisional.

“Antara lain, objektif program itu adalah untuk mengembalikan semula jalinan negara luar ke Malaysia terutamanya China berikutan nahas udara membabitkan syarikat penerbangan tempatan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan.

Sekurang-kurangnya, 68 pelajar dan guru dari 10 Sekolah Malaysia serta 43 pelajar dan dua guru dari Sekolah Taiwan menyertai program tujuh hari itu.

Menerusinya, peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti mengenal pelbagai budaya kaum di Malaysia membabitkan lawatan ke Batu Caves (Kebudayaan India), Sekinchan (Kebudayaan Cina) dan Homestay Sungai Sireh, Kuala Selangor (Budaya Melayu).

TOURISM 2Noorul juga percaya pelancongan ikonik dapat dibangunkan secara berterusan sekirannya sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan, industri dan kerajaan bekerjasama menjayakannya.

“Kedatangan pelancong tahun ini amat memberangsangkan selepas kempen Tahun Melawat Selangor 2015.

“Kerajaan Negeri menyasarkan menerima pelancong tempatan dan luar negara sebanyak 7.2 juta dan sebanyak RM5.05 pendapatan dapat dijana tahun ini,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.