Categories
NASIONAL

Kerajaan Turki, Presiden Erdogan masih berkuasa

KUALA LUMPUR 16 JULAI: Kedutaan Turki di Malaysia hari ini mengulangi bahawa kerajaan Presiden Recep Tayyip Erdogan masih berkuasa, dan menafikan cubaan rampasan kuasa di negara itu berjaya dilaksanakan.

Dalam kenyataan kepada Bernama hari ini, kedutaan itu turut menafikan pembabitan keseluruhan Angkatan Tentera Turki dalam cubaan rampasan kuasa itu, bermatlamat menggulingkan kerajaan Turki yang dipilih secara demokrasi.

Cncw95NWgAArgHk“Presiden dan Kerajaan kami masih berkuasa. Angkatan Tentera Turki tidak terbabit dalam cubaan rampasan kuasa ini secara keseluruhannya.

“Ia dikendalikan oleh kuncu-kuncu dalam kalangan Angkatan Tentera dan mendapat respons yang selayaknya daripada negara kami,” menurut kedutaan itu.

Menurut laporan, kenyataan tentera yang disiarkan media Turki pada Jumaat menyebut angkatan tentera merampas kuasa sepenuhnya di negara berkenaan.

Bagaimanapun Presiden Erdogan berkata pada awal Sabtu, cubaan rampasan kuasa itu telahpun gagal, dan menggesa rakyat supaya menjunjung demokrasi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.