Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Khairul Idham juarai Moto3 Grand Prix di Jerman

JERMAN 17 JULAI: Penunggang Malaysia, Khairul Idham Pawi yang mewakili Honda memenangi menjuarai Moto3 saingan Grand Prix (GP) Deutschland, Sachsenring, di sini, hari ini.

Ia kemenangan kedua buat pelumba pasukan Honda Asia itu yang mula menyertai perlumbaan kelas ketiga Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini dengan catatan masa 47’07.763.

Beliau juga mencatat sejarah apabila memcatat masa terpantas semasa pusingan kelima perlumbaan dengan catatan masa 1’42.544 dengan kelajuan purata 128.8 Km/j.

Pawi1Tempat kedua dimenangi pelumba Itali, Andrea Locateli manakala seorang pelumba Itali, Enea Bastianini memenangi tempat ketiga.

Pawi adalah yang pelumba pertama Malaysia yang memenangi Grand Prix dan kini menjadi yang pertama, dan setakat ini sahaja memenangi dua Grand Prix .

Kejayaan Khairil Idham mengatasi pencapaian terbaik pernah dilakar pelumba Malaysia sebelum ini iaitu Zulfahmi Khairuddin yang memenangi tempat kedua di GP Malaysia pada 2012.

Pawi

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.