Categories
SELANGOR

Kompleks 3C tawar sayuran hidroponik segar RM6

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 14 JUL : Orang Awam berpeluang mendapatkan pelbagai jenis sayuran hidroponik segar pada harga serendah RM6 di Kompleks 3C Bandar Sunway.

Antaranya sayuran Green Coral, Red Coral, Buttherhead segar, pengunjung boleh memilih dua jenis sayuran yang tentunya menepati citarasa penggemar sayuran jenis hidroponik.

SAYUR MPSJMudahnya, pengunjung boleh berkunjung ke Kompleks Hidroponik Kompleks 3C dan memilih sendiri jenis sayuran yang ditanam tanpa menggunakan bahan-bahan organik.

Pot-pot sayuran di Kompleks 3C ditanam dengan baik selain mengikuti beberapa tumpuan penjagaan bagi mengekalkan kualiti dan kesegarannya.

Sebarang pertanyaan orang awam boleh menghubungi Pejabat Pentadbiran Kompleks 3K, di talian 03-56210645 atau melunsuri laman Facebook, JPMasyarakat.

Kompleks 3C dulunya dikenali sebagai ‘Childred Creativity Centre‘ dibangunkan melalui projek inovasi MPSJ yang bertanggungjawab dalam pembangunan modal insan masyarakat setempat.

Selain penyediaan tanaman organik, Kompleks 3C menyediakan pelbagai perkhidmatan jaringan kemudahan kepada masyarakat sekitar untuk melakukan aktiviti riadah dan khidmat sosial.

Antara kemudahan lain tersedia termasuklah pusat riadah 3D, kemudahan kolam renang, ruang mesyuarat, seminar dan perpustakaan awam.

Inisiatif penyediaan Kompleks 3C diwujudkan pihak majlis bagi memastikan masyarakat sekitar MPSJ menikmati kemudahan terbaik di kawasan perbandarannya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.