Categories
SELANGOR

Lebih 2,000 meriah sambutan Eidul Fitri DUN Taman Medan

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 16 JUL: Lebih 2,000 pengunjung terdiri pelbagai kaum mengambil kesempatan memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitri DUN Taman Medan di Dataran Anak Muda PJS, Jalan PJS 1/25 Petaling Jaya, malam tadi.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Haniza Talha, berkata walaupun dalam keadaan hujan tetapi masyarakat tanpa mengira bangsa tetap hadir bagi meraikannya.

“Majlis hari ini, saya memang menyediakan jamuan untuk menyambut seramai lebih 3,000 tetamu.

“Saya juga menjemput seramai 80 orang warga orang kelainan upaya (OKU) untuk bersama menyambut hari raya Eidul Fitri dari Persatuan Orang Kelainan Upaya Taman Datuk Harun,” katanya kepada Selangor Kini ketika Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitri Dun Taman Medan, malam tadi.

Pelbagai jenis juadah tradisi hari raya disediakan antaranya lemang, rendang, laksa, sate, soto dan sebagainya.

Haniza melahirkan rasa syukur dan gembira dengan kehadiran msyarakat di kawasan itu menunjukkan semangat perpaduan dan sokongan mereka dengan pentadbiran Kerajaan Pakatan.

“Sama-sama kita memberi sokongan kepada kerajaan Selangor yang memberi kemakmuran dan kesejahteraan dan semoga pilihan raya akan datang kita terus mentadbir di Selangor,” katanya.

Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mohd Azizi Mohd Zain, Ahli Parlimen PJS, Hee Loy Sian, Ahli Bomba dan ahli-ahli majlis MBPJ.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.