Categories
SELANGOR

LZS pantas bantu mangsa kebakaran

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 29 JULAI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menghulurkan bantuan segera RM500 kepada mangsa Kebakaran di Lorong Bidara 5, Saujana Utama, semalam.

Sejurus menerima berita, LZS bersama Penghulu Mukim Api-Api/Ijok, Husain Bin Idris hadir menyampaikan bantuan.

13654394_10154252586911221_3416866077557691284_n“Bantuan segera itu dihulurkan bagi meringankan beban mangsa dan baki bantuan akan diproses selepas ini,” katanya menerusi laman Facebook LZS.

Kejadian kebakaran yang berlaku semalam dilaporkan ekoran litar pintas.

Bagaimanapun, semasa kebakaran, anak-anak mangsa sempat berlari keluar menyelamatkan diri.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.