Categories
SELANGOR

Mangsa kebakaran di Klang terima bantuan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 2 JULAI: Malang tidak berbau apabila tiga keluarga dari Kampung Rantau Panjang, Klang, di sini dilanda musibah tatkala Syawal berbaki kurang seminggu untuk diraikan.

Keluarga malang terbabit tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang didiami terlibat dalam kebakaran minggu lalu.

Prihatin terhadap nasib dilalui tiga keluarga itu, Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi turun padang menghulurkan bantuan.

image (1)“Menjelang kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi, ia adalah dugaan berat, takziah diucapkan kepada ketiga-tiga keluarga dan diharap supaya mereka terus sabar dan redha atas dugaan berlaku.

“Mereka tidak berseorangan, di bulan mulia Ramadan ini ternyata ramai tidak kira dari organisasi, syarikat dan persendirian hadir menyampaikan sumbangan,” katanya.

Setiap keluarga menerima keperluan berupa dapur memasak, bahan kering, dan sedikit sumbangan kewangan.

Selain Daroyah, hadir sama Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana, dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim.

Selain itu, ia turut disertai wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Pejabat Daerah Dan Tanah Klang dan NGO Sahabat Penyayang.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.