Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: “Boleh, jika tepati syarat”

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 JULAI: Penyanyi sensasi Amerika, Selena Gomez dibenar mengadakan konsert sulung di Selangor jika memenuhi syarat ditetapkan.

CP2A4744-800x533

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak terima permohonan daripada penganjur, sejak 10 hari lalu.

“Apabila terima permohonan, MBSA pastinya meneliti permohonan bagi memastikan syarat dipenuhi. Jika mereka memenuhi syarat biasa ditetapkan, Kerajaan Negeri tiada masalah memberikan kelulusan.

“Seksi itu ciptaan Tuhan, ada yang seksi, ada yang tidak, ada yang cantik dan sebaliknya. Semua itu biasa.

“Tetapi kita jangan terlalu melihat kepada aspek seksi atau tidak sebaliknya fokus kepada lagu dan lirik disampaikan,” katanya ketika menghadiri Jamuan Hari Raya anjuran MBSA di perkarangan Stadium Shah Alam, di sini, hari ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.