Categories
SELANGOR

MB sertai Sultan Selangor raikan rakyat dalam majlis Aidilfitri di Istana Kayangan

OLEH: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 6 JUL: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan meraikan tetamu dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri di Istana Kayangan di sini hari ini.

Turut menyerikan majlis adalah DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan kerabat diraja lain sambil disertai Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bersama kenamaan lain.

CP2A0795-800x533Majlis berlangsung meriah dengan kalangan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama hadir bagi meraikan sambutan Aidilfitri di istana.

Selain menikmati santapan Diraja, Tuanku Sultan juga mengambil peluang meraikan dan bergaul mesra dengan tetamu yang hadir.

Majlis terbabit diadakan selepas baginda bersama Menteri Besar selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Sebelum menyertai Tuanku Sultan dalam acara itu, Mohamad Azmin meraikan barisan exco Kerajaan Negeri dan tetamu kehormat lain dalam majlis ringkas di kediaman rasmi Menteri Besar di sini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.