Categories
SELANGOR

MB: Tiada PRK, PRN dan tiada perbincangan untuk Selangor

OLEH NAZLI IBRAHIM

GOMBAK, 26 JULAI: Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN tidak membincangkan isu mengadakan pilihan raya di Selangor pada mesyuarat yang diadakan  di Ibu Pejabat KEADILAN pada malam ini.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sebaliknya berkata, mesyuarat malam ini hanya membincangkan cadangan DAP untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang.

“Kamu bercakap mengenai Selangor bukan? Tidak. Tiada Pilihan Raya Kecil, tiada Pilihan Raya Negeri dan tiada perbincangan,” kata Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar ┬ákepada media pada Majlis Pelancaran Penggantian Paip Air Lama di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini, hari ini.

Apabila ditanya pendirian peribadi mengenai cadangan DAP untuk mengadakan PRN, Mohamed Azmin menegaskan isu ini bukan berkaitan beliau secara peribadi sebaliknya perlu diputuskan pada mesyuarat yang dihadiri barisan kepimpinan KEADILAN pusat.

Terdahulu, DAP mencadangkan kepada parti komponen PAKATAN untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.