Categories
SELANGOR

MBR iktiraf Tekat Gubah Bunga Tanjung Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 28 JULAI : Tekat Gubah Bunga Tanjung Selangor diiktiraf Malaysia Book Of Records  (MBR) sebagai Tekat Gubah Terpanjang di Malaysia.

Inisiatif pembuatan tersebut digerakkan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri (PADAT) menerusi usahama Persatuan Pakar Pembuatan Kraf dan Sulam Tangan Kuala Lumpur dan Selangor (SCHEME).

Menyambut baik usaha tersebut, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata inisiatif tersebut mampu meningkatkan lagi industri kraftangan negeri.

“Catatan rekod ini merupakan usaha dan inisiatif PADAT memperkenalkan seni kraftangan dan warisan Melayu yang semakin dilupakan khususnya warga muda.

“Ia adalah langkah awal bagi penganjuran Festival Kerajinan Tangan Negeri Selangor yang bakal diadakan pada masa depan,” katanya.

DSC_5176Berukuran sembilan meter panjang dengan tiga kali lebar (9X3), Tekat Gubah tersebut akan dipamerkan di AEON Mall Shah Alam bermula 26-31 Ogos depan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dijangka hadir menandatangani sijil Malaysia Book Of Record bagi tujuan pengiktirafan tersebut.

Tekat Gubah merupakan sejenis tekatan yang tidak menggunakan mempulur atau kertas dengan sulamannya menggunakan benang emas yang diikat dengan benang sutera merah untuk menghasilkan motif sulaman.

Penghasilannya melibatkan 31 individu dengan proses pembuatannya bermula sejak 21 Mei lalu.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.