Categories
SELANGOR

MDKL roboh struktur billboard tanpa kelulusan

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 1 JUL: Dua struktur binaan ‘billboard’ tanpa kebenaran di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dirobohkan baru-baru ini.

Yang Dipertuanya, Mohd Azhar Mohamed Ali, berkata struktur berkenaan terletak di kilometer (KM) A2.6 Lebuhraya KLIA dan KM16.0, Lebuhraya Elite (arah Selatan).

MDKL ROBOH 1Katanya, kedua-duanya didapati tidak mematuhi syarat dan peraturan pembinaan ‘billboard’ ditetapkan MDKL.

“Pembinaan struktur ‘billboard’ mestilah terlebih dahulu bagi mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Ini perlu dilakukan bagi memastikan binaan mematuhi syarat dan peraturan dengan mengambil kira ulasan jabatan teknikal bagi menjamin keselamatan apabila ianya dibina kelak,” katanya dalam kenyataan.

Operasi diketuai Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan dan 60 pegawai dan kakitangan MDKL dengan bantuan dua jentera binaan (JCB) milik Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat.

Mohd Azhar berkata, notis peringatan sudah dikeluarkan sebelum ini namun diabaikan kedua pemilik struktur berkenaan.

MDKL ROBOH“Notis Roboh tempoh 14 hari dikeluarkan di bawah Seksyen 72(1) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) pada 21 April 2016 dan yang terakhir MDKL juga telah mengeluarkan Notis Roboh tempoh 24 jam di bawah Seksyen 72(1) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133).

“Sementara itu, kerja meroboh binaan ini dijalankan di bawah Seksyen 72(1) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133),” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.