Categories
SELANGOR

MPSJ keluar 554 notis dalam Kempen Longkang Bersih

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 JUL: Sebanyak 554 notis dan 54 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kepada premis di kawasan itu dalam Kempen Longkang Bersih sehingga Jun lalu.

Yang Dipertuanya, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata daripada jumlah itu, 188 premis diberi Notis Pemberitahuan Bangunan (NPB), manakala 121 premis membuat pembetulan dan syarat.

ydp mpsj“Operasi terbabit berjaya mencapai 64.36 peratus melebihi sasaran ditetapkan iaitu 60 peratus.

“Tindakan itu dikenakan di bawah Seksyen 72, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133),” katanya kepada pemberita.

Nor Hisham berkata, kempen terbabit bertujuan memastikan keadaan longkang bersih dan memudahkan kerja pembersihan oleh kontraktor.

Katanya, ia dilakukan dengan kerjasama pemilik dan penyewa premis dalam mematuhi penyeragaman pemasangan penutup longkang.

“Antara pelan tindakan yang dilaksanakan adalah perobohan bagi binaan struktur haram dan ubah suai longkang, kerja pembaikan, penurapan jalan, aliran trafik baru, penjadualan semula kutipan sampah serta cucian longkang,” katanya.

Beliau berkata program terbabit akan diteruskan dengan pelan rejuvenasi membabitkan dua lokasi Utama iaitu Jalan Kenari 5 dan 10.

“Keseluruhan program ini dijangka berakhir Ogos depan,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.