Categories
SELANGOR

Musica Flypower juarai Piala Foo Kok Keong

OLEH: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 18 JULAI: Muncul juara tetapi Musica Flypower dari Indonesia menganggap Kejohanan Badminton Jemputan Antarabangsa Piala Foo Kok Keong tahun ini lebih mencabar dengan penyertaan pasukan lebih kuat.

Pengurus pasukan, Effendy Widjaja, berkata biarpun berjaya mempertahankan kejuaraan dan mencatatnya buat kali keempat tetapi kejohanan tahun ini memberikan laluan lebih berliku kepada pasukannya.

Katanya, ia lebih mencabar berbanding tahun sebelumnya dengan pasukan dari Malaysia, Thailand, Taiwan dan sebagainya memperkuatkan pasukan dengan mantan pemain handalan masing-masing.

piala foo kok keong 2“Pertandingan ini dari tahun ke tahun menjadi lebih baik dengan pasukan bertanding lebih bersedia dan kita mendapat tentangan hebat daripada KCBC dari Taiwan sebelum layak ke akhir.

“Kita juga kehilangan Rexy Mainaky dan Bambang Suprianto yang tidak dapat bersama kerana bertindak sebagai jurulatih untuk Indonesia ke Kejohanan Olimpik 2016 di Rio, Brazil.

“Kita mungkin bernasib baik menjuarainya,” katanya kepada SelangorKini selepas Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah kejohanan di sini, malam tadi.

Musica Flypower muncul juara apabila mengalahkan Suanium Ruammitr (Thailand) 3 – 0 dalam perlawanan akhir.

Widjaja mengetuai pasukan menerima piala kejohanan dan RM10,000 (cek replika) daripada Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari.

Mengulas lanjut, katanya, pihaknya berminat untuk turut menyertai kejohanan itu pada tahun depan sekiranya dijemput dan akan memperkuatkan pasukan dengan pemain lebih baik.

“Kita gembira untuk bersama dan seperti pasukan lain, kita lebih bersedia kerana tentunya saingan menjadi lebih getir,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.