Categories
SELANGOR

Padang Bolasepak Arena MPSJ diiktiraf FIFA

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 JULAI: Padang Bola Sepak Arena Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berjaya mendapat pengiktirafan bertaraf antarabangsa melalui pensijilan Konfederasi Bola Sepak Dunia (FIFA).

Pegawai Komunikasi Korporat, Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Muhammad Azli Miswan, berkata pengiktirafan dua bintang itu diperakui oleh FIFA Quality Pro selepas disenaraikan di laman sesawang FIFA.

Katanya, penganugerahan pensijilan itu bagi tempoh satu tahun bermula pada 15 Julai 2016 hingga 14 Julai 2017.

ARENA MPSJ“Penganugerahan pensijilan ini adalah sah bagi tempoh satu tahun bermula pada 15 Julai 2016 sehingga 14 Julai 2017.

“MPSJ sedang menunggu untuk mendapatkan sijil asal daripada pihak FIFA,” katanya dalam kenyataan.

Azli berkata pengiktirafan terbabit juga dilihat sebagai salah satu inisiatif MPSJ bagi menyediakan kemudahan sukan yang berkualiti serta bertaraf antarabangsa yang boleh dimanfaatkan masyarakat, golongan belia serta remaja untuk menjalankan aktiviti sukan dan riadah pada masa lapang.

Sementara itu, beliau berkata Padang Bola Sepak Arena MPSJ dibuka sepenuhnya pada 1 Jun 2016.

“MPSJ juga mengambil inisiatif penggunaan rumput tiruan (artificial turf) ini dilaksanakan berdasarkan penggunaan padang yang lebih kerap selain dapat menjimatkan kos penyelenggaraan sehingga 21 peratus.

ARENA MPSJ 1“Selain itu, Arena MPSJ ini juga turut dilengkapi dengan kemudahan lain diantaranya padang bola sepak bersaiz FIFA, trek balapan yang diiktiraf oleh IAAF, bilik teknikal, pentas, bilik persalinan, grandstand penonton, gelanggang bola tampar, gelanggang bola jaring dan gelanggang badminton/sepak takraw,” katanya.

Untuk makluman, pihak MPSJ melaksanakan kerja-kerja memasang rumput tiruan (artificial turf) bermula pada 30 Disember 2015 sehingga 30 Mei 2016 dengan kos sebanyak RM1.7 juta oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.

Sesi pengujian bagi mendapatkan pensijilan FIFA ini dilaksanakan di Pusat Penyelidikan Acousto – Scan Pty Ltd. dan pihak MPSJ berjaya menepati beberapa kriteria yang ditetapkan antaranya pembangunan produk (Polytan Liga Turf Ultimate CoolPlus 260 V SBR), menguji produk di makmal, ujian pemasangan padang, ujian lapangan dan penyelenggaraan.

Maklumat bagi pensijilan itu boleh dilayari di laman sesawang http://quality.fifa.com/en/Foatball-Turf/Install-Football-Turf/Certification/.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.