Categories
SELANGOR

Paip pecah, beberapa kawasan di KL alami gangguan bekalan air sementara

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 12 JUL: Beberapa kawasan di Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air sementara ekoran paip pecah di Jalan Lebuh Pudu.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Amin Lin Abdullah, berkata kerja pembaikan paip giat dijalankan bagi memastikan bekalan air pulih secepat mungkin.

Katanya, bekalan di kawasan terlibat dijangka pulih secara berperingkat selepas pukul 6 pagi esok (13 Julai 2016).

GANGGUAN BEKALAN AIR“Kawasan terlibat adalah keseluruhan Bangsar, Taman SA, Taman Bukit Bandaraya, Taman Bangsar Baru, Jalan Maarof, Jalan Bangsar, Lorong Maarof, Jalan Travers, Jalan Damansara dan keseluruhan Brickfields.

“Turut terjejas Kampung Attap, Jalan Tun H.S Lee, Jalan Hang Kasturi, Jalan Bandar, Jalan Petaling, Lorong Petaling, Jalan Sultan, Jalan Hang Jebat, Lorong Hang Jebat, Jalan Hang Tuah dan Jalan Hang Lekir.

“Segala kesulitan amat dikesali,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, kawasan lain termasuk Lebuh Pudu, Lebuh Pasar Pudu, Jalan Tan Sew Seng, Jalan Silang, Jalan Tun Perak, Jalan Hang Lekiu, Jalan Benteng, Jalan Melaka, Lebuh Ampang, Jalan Gereja, Jalan Bukit Nenas dan Jalan Bukit Mahkamah.

Gangguan turut berlaku di Jalan Pudu Lama, sebahagian Jalan Pudu, Persiaran Raja Chulan, sebahagian Jalan Raja Chulan, Jalan Panggong, Jalan ChengLock, LeMeridien Hotel Kuala Lumpur dan Hilton Hotel Kuala Lumpur.

Pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja pembaikan ini melalui aplikasi telefon bimbit pintar ‘mySYABAS‘ dan www.syabas.com.my.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.